KUALA LUMPUR 14 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) Sdr. Arunkumar Chengoden ke majlis sambutan Tahun Baharu Tamil.
Ia dianjurkan gabungan organisasi Hindu dan Tamil yang diketuai oleh Malaysia Hindu Sangam dan turut disertai HYO.
Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia. Turut sama Sdr. Haridass Ramasamy, Bendahari Kehormat MBM.