KUALA LUMPUR 2 Ogos – Sdr. Naseer Mohamed, Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah mewakili MBM menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Dengan tema ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Majlis turut mengumumkan penerima Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1444 Hijrah.


