SEBERANG PERAI 12 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Serbaguna Jawi.
Salah satu acara sukan yang diketengahkan adalah seni mempertahankan diri. Sewajarnya, seni bela diri terus diangkat supaya ianya tidak tenggelam kerana arus perubahan masa kini. Anak muda yang menyertai seni bela diri ini, pastinya dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah dan tidak membuang masa.
Melalui sukan ini, mereka didedahkan dengan amalan disiplin yang tinggi, budaya kerja berkumpulan, serta mampu membentuk karektor belia yang positif.
Sebagaimana sukan e-sport, pertandingan bey blade dan lain-lain, saya fikir wajar kita jadikan sukan bela diri diangkat dalam bentuk-bentuk pertandingan supaya ia kembali diminati oleh kaum muda.
Majlis dihadiri oleh ADUN Sg Bakap, YB Dr Amar Pritpal Abdullah dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Dato Mansor Othman. Turut hadir Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.