MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2017

Kuala Lumpur 4 Mei – Telah berlangsung dengan jaya Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2017 dengan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan.

Presiden MBM, Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, sambutan yang bakal disertai lebih 100,000 peserta dari seluruh negara itu merupakan komitmen kerajaan dalam membuat transformasi kepada masyarakat khususnya golongan belia.

“Belia mahu suara mereka didengar dan mahu peranan mereka diktiraf serta inspirasi mereka diambil berat oleh kerajaan.

“Walaupun ekonomi di seluruh negara berada dalam keadaan meruncing tetapi sambutan ini tetap kita adakan.

Antara yang menarik ialah Anugerah Belia Negara, Konvensyen Belia Kebangsaan 2017, Seni dan Budaya, Karnival Ushawan Artis Tanahair, Ekspresi Kerohanian, Pendidikan dan Kemahiran, Sosial dan Usahawan, sukan serta banyak lagi.

Sementara itu, Datuk M.Saravanan dalam sidang media berkenaan berkata,
KBS sangat berpuas hati dengan pendirian MBM sebagai agensi yang sentiasa sedia untuk berdepan dengan generasi muda.

Katanya, KBS sentiasa menyahut cabaran bersama MBM supaya segala matlamat untuk memperkasa golongan berkenaan tercapai.

“Kalau dilihat pada hari ini cabaran oleh generasi muda adalah berbeza dengan cabaran-cabaran sebelum.

“Sebagai agensi yang mempunyai hubung kait dengan generasi muda MBM merupakan agensi yang kuat dan KBS akan sentiasa bersamanya supaya kita dapat mencapai matlamat,”

Antara yang akan hadir semasa Pra-Pelancaran ini ialah artis-artis yang terlibat dengan Segmen Keusahawanan Artis dan Malam Keamanan Rohingya. Selain itu, MBM turut ingin menjamu wartawan dengan “Ikan Patin Bersama Media”.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »