Putrajaya 26 April – Majlis Pra Pelancaran Hari Belia Negara 2016 telah berlangsung dengan jayanya di Ruang Legar Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Putrajaya yang dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan YB. Khairy Jamaluddin. Turut hadir Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB. Datuk Saravanan A/L Murugan, Ketua Setiausaha KBS Dato’ Lokman Hakim, Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan barisan kepimpinan MBM. Hari Belia Negara 2016 ini bertemakan “The Future Is Now”, salah satu pendekatan yang baru sempena HBN ini adalah mendekati golongan mahasiswa.
Dalam majlis tersebut diadakan penyampaian Anugerah Perdana sempena Hari Belia Negara 2016. Seterusnya diadakan Sidang Media bersempena Hari Belia Negara 2016.
YB Khairy Jamaluddin diiringi oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Presiden MBM melawat pameran disekitar ruang legar KBS tersebut.