Kuala Lumpur 4 Nov – Majlis Perundingan Belia Negara Sidang IV Penggal Ke-30 tahun 2015-2016 yang berlangsung pada pukul 9.00 pagi di Dewan Tun Hussein Onn PWTC, Kuala Lumpur. Sidang MPBN dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Yb. Datuk M. Saravanan dimana turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan YB. Dato’ Lokman Hakim, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan Pengerusi Tetap MBM Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim.
Turut hadir Wakil Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Pegawai Kanan KBS.
Sidang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan seterusnya ucaptama dan perasmian oleh Yb. Datuk M. Saravanan yang mempengerusikan Sidang MPBN tersebut.
Menteri Belia Dan Sukan YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin hadir pada sesi kedua bagi mempengerusikan Sidang MPBN.
Diakhir sidang MPBN diadakan Pelancaran 1Belia 1Pengadil yang dilancarkan oleh YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin.