Cheras 14 Dis – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal Ke – 31 Tahun 2017 – 2018 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Menteri Belia Dan Sukan YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin mempengerusikan MPBN yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB. Datuk Saravanan A/L Murugan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan YB. Dato’ Lokman Hakim, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan Pengerusi Tetap MBM Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim.
Turut hadir Wakil Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan Pegawai Kanan KBS. MBM dihadiri oleh barisan Exco-Exco dan Sidang Dewan Tertinggi MBM.
Sidang tersebut dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan seterusnya ucaptama dan perasmian oleh YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin yang mempengerusikan Sidang MPBN tersebut.
Sidang diteruskan dengan Pembentangan dan Perbahasan Kertas Persidangan 1 :Pemerkasaan Keluarga Menangani Gejala Sosial oleh Encik Md Noh (Sektor Perkhidmatan Keluarga LPPKN)
Dalam persidangan kali ini sebanyak 5 usul diterima iaitu :
- Pendidikan pengurusan kewangan
- Mencadangkan kerajaan mengubal akta baru berkenaan Gangguan Seksual di tempat kerja
- Menggandakan usaha pembangunan akhlak dan jatidiri belia dan keluarga
- Peluang pendidikan dan hak pelarian
- Mencadangkan Kementerian Belia Dan Sukan dikhususkan untuk pembangunan sukan sahaja dan portfolio belia dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
1 usul khas tergempar iaitu :
- Menyokong kerajaan pimpinan YAB Perdan Menteri dalam menyuarakan bantahan terhadap pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat berkenaa Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
MPBN ditangguhkan oleh YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin untuk tahun ini dan sesi para perwakilan bergambar bersama sepanduk Solidariti Selamatkan BaitulMaqdis turut mengutuk keputusan US untuk menjadikan Jurusalem BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel.