MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Pertukaran Dokumen MOU UPM Dan MBM

30 Oktober 2023 | Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berlangsung di Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Putra Inforport, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Majlis tersebut telah diselaraskan oleh IPSAS yang diketuai oleh Prof Dr Haslinda Abdullah, Pengarah IPSAS bersama Prof Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPM.

Hadir mewakili MBM dalam MOU tersebut Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Azman Azeez, Naib Presiden MBM.

MOU menggariskan kerjasama erat dalam wacana, bidang penyelidikan dan pembangunan belia antara UPM dan MBM.

Majlis turut disaksikan oleh delegasi STIKES Pertamedika Indonesia dan MBM mengambil peluang untuk turut berbincang potensi kerjasama dengan organisasi tersebut.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »