BANDA HILIR 25 Mei – Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini.
Perdana Menteri dalam ucapannya mengingatkan golongan belia mempunyai tanggungjawab menimba ilmu.
‘Anak muda itu dikenali bukan kerana suaranya tetapi cita-cita murni dan idealisme benci kepada perkara negatif seperti rasuah dan sebagainya’, ujar beliau.
Perdana Menteri turut meminta MBM dan Badan gabungannya bergerak bersama Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan agenda pembangunan belia berteraskan Rakan Muda.
Pada majlis itu juga, YAB Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Perdana Menteri juga turut mengumumkan tambahan lagi RM3 juta menerusi Rakan Muda bagi pelaksanaan lebih banyak program-program belia.
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid serta kepimpinan belia semua peringkat.