MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-44 (2023)

ALOR GAJAH 10 Dis – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Fairos Rusli telah hadir mewakili Presiden MBM ke Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-44 (2023) di A’Famosa Resort, Alor Gajah.

Majlis disempurnakan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik Kanan kepada YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang hadir mewakili beliau.

Antara yang ditekankan dalam ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri yang dibacakan beliau ialah kebersamaan gerakan belia dalam agenda pemerkasaan TVET negara supaya mampu menjadi penghubung di antara kerajaan, pemain industri dan generasi muda.

Hadir sama Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Ridhwan Mohd Ali; Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta beberapa pimpinan dari badan gabungan MBM.

Cabaran besar gerakan belia hari ini dalam memastikan pelapis kepimpinan selaras pelaksanaan transisi had umur belia supaya legasi yang ditinggalkan nanti mampu menggalas tanggungjawab membawa suara rakyat khususnya anak muda dalam pembangunan negara.

Syabas dan tahniah kepada kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia di semua peringkat.

Semoga terus membawa arus perubahan kepada belia. Bergerak!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »