BANGI, 21 Ogos – Sdri. Nurliana Muhammad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Peridustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM telah menghadiri Majlis Penutupan TUBE 6.0 (OKU) yang berakhir selama 3 minggu bertempat di PLPP di sini.
Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Junaidah Kamaruddin, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). MBM selaku rakan strategik terus berusaha membudaya usahawan terutama kepada golongan OKU.
Turut bersama Sdr. Faiz Shuhaimi, Koordinator Belia,Sukarelawan Sokongan OKU dan Belia OKU (MBM). Majlis ini meraikan 30 orang belia OKU yang berjaya menamatkan kem TUBE 6.0 dan menerima geran permulaan perniagaan bernilai RM15,000.00.