MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Penutup Induksi Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Sesi 2022 – 2024

Kuala Lumpur | 27 Mac – Majlis Perasmian Penutup Induksi Kepimpinan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Sesi 2022 – 2024 telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JBS atas kehadiran beliau.

Turut hadir Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Bahagian Cawangan Sosial.

Dalam ucapan Ketua Pengarah JBSN, beliau menekan mengenai program – program berbentuk kesihatan fizikal dan motivasi minda.

Selain itu, beliau berharap barisan kepimpinan baharu MBM dapat bersatu dalam memastikan agenda pergerakan belia lebih jelas untuk difahami.

Beliau turut menekankan soal agenda meningkatkan keanggotaan ahli persatuan belia supaya belia dalam setiap kategori dapat dibimbing sebaiknya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »