Kota Kinabalu | 18 Februari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Sabah kali ke-25 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Hadir sama Presiden MBS, Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan, pimpinan dan ahli gabungan Page Rasmi – Majlis Belia Sabah.
Tahniah MBS dan selamat bersidang kepada semua perwakilan.