MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian MPAT MBM kali ke-72 dan Konvensyen Belia Nasional 2024

KUALA LUMPUR 24 Feb – Majlis Perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia (MBM) kali ke-72 dan Konvensyen Belia Nasional (KBN) 2024 di Hotel Vivatel di sini.

Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain, Setiausaha Politik mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Hamid, Timbalan Perdana Menteri.

Turut diadakan sesi flag off delegasi Malaysia ke World Youth Festival di Sochi Rusia yang dihadiri oleh TYT Alexander Zimin, Timbalan Duta Besar Russia ke Malaysia dan Puan Olga Golovko, Setiausaha Utama Kedutaan Russia ke Malaysia.

Hadir sama dalam majlis perasmian tersebut, Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Kehadiran tetamu pada majlis tersebut, telah disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden, Sdr. Mohammad Fadzli Hasan; Pengerusi Tetap dan barisan Exco serta Ahli Dewan Tertinggi MBM.

Dalam amanat YAB Timbalan Perdana Menteri yang disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, beliau berhasrat melihat Visi MBM 2048 dapat dicapai mengikut garis masa yang ditetapkan khususnya dalam aspek pembangunan TVET dan Youth AI Hub.

Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada MBM kerana berjaya mengadakan sambutan yang bermanfaat ini serta mendoakan proses mesyuarat agung berjalan dengan lancar pada esok hari.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »