PULAU PINANG| 15 Disember- Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) 2019 telah berlangsung hari ini bertempat di SMK Mutiara Impian.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Goh Choon Aik, ADUN Bukit Tambun.
Program ini dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan, MBM (Biro Sukan, Kebudayaan dan Hidup Sihat) dengan kerjasama Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenajung (GPMS) Pulau Pinang.
Sebanyak 48 pasukan menyertai kejohanan ini terdiri daripada agensi kerajaan, persatuan NGO, Majlis Belia Daerah, Swasta belia-belia di kawasan sekitar Simpang Ampat. Kejohanan bermula dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Hadir sama Exco MBM Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.





