MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Perasmian Asean Young Leaders Summit (AYLS) 2015

Kuala Lumpur 18 November 2015 – Majlis Perasmian Asean Young Leaders Summit (AYLS) 2015 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi turut dihadiri oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). AYLS 2015 ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 18-20 November 2015. Majlis perasmian ini bermula dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin dimana beliau mengalu-alukan kedatangan delegasi-delegasi dari pelbagai negara ASEAN antaranya  Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah AYLS 2015. AYLS 2015 bertemakan Youth Driving The Asean Community yang memfokuskan kepada 4 perkara Leadership, Volunteerism, Entrepreneurship, Education & Employment. 

Majlis turut bertafakur seketika untuk memperingati kejadian yang menimpa masyarakat dunia di Palestin dan Perancis.

 

MBM20392 MBM20411 MBM20412 MBM20413 MBM20423 MBM20444 MBM20442 MBM20450 MBM20479 MBM20482 MBM20481 MBM20484 MBM20487 MBM20499

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »