MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Tandas Bersih kepada SK Pulau Perhentian

KUALA LUMPUR 24 Jan – Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Tandas Bersih kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, iaitu program komuniti anjuran pelajar Pembangunan Kesukarelawanan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) di bawah bimbingan fasilitator Cik Farah Alia Fauzi dan Fasilitator Khas PKPP, En. Johar Md Lajis.

Program komuniti ini dijalankan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Terengganu.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdul yang sudi merasmikan dan menyempurnakan sumbangan dana sebanyak RM5000 yang dikumpul oleh pelajar kepada SK Pulau Perhentian. Hadir sama menyampaikan ucapan aluan di majlis ini ialah Pengarah PKPP, Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Terengganu, En. Asmawadi bin Hussin.

Turut serta di majlis secara dalam talian ini ialah Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), En. Shariman Hashim, Ketua Pentadbiran Pejabat TNCHEPA (UPM), En. Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Program kali ini memuatkan pelbagai aktiviti seperti e-sport, virtual charity run dan pertandingan e-poster yang bertemakan “Kebersihan Tandas Tanggungjawab Bersama” serta ceramah kesedaran yang disampaikan oleh Sdr. Jufitri Joha MBM.

Syabas diucapkan kepada Pengarah Program Tandas Bersih, Sdr. Muhammad Azraei Arizan dan barisan AJK Penganjur pelajar Pembangunan Kesukarelawanan atas usaha murni ini.

Projek Tandas Bersih PKPP UPM ini telah dimulakan sejak tahun 2020 yang dimulakan di kampus UPM (disebabkan PKP) denagn penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) serta penyertaan pelajar dari universiti awam lain. Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang kerana ramai yang menyokong usaha untuk memartabatkan kebersihan tandas.

Diharapkan projek ini akan menjadi projek berterusan untuk meningkatkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat akan kepentingan tandas yang sentiasa bersih yang menjadi keperluan asas semua dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. MBM mengharapkan inisiatif ini akan menjadi gerakan kesedaran nasional bagi mendidik masyarakat menjaga kebersihan, keceriaan dan kecanggihan tandas.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »