KUALA LUMPUR 8 Julai – Tabung Relawan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima sumbangan dana dari syarikat korporat Malaysia Takaful Association (MTA) bertempat di Hotel Majestic di sini.
Replika cek disampaikan Encik Muhammad Fikri Mohamad Rawi, Pengerusi MTA merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Sun Life Malaysia Takaful Berhad kepada Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha.
Projek ini digerakkan Relawan MBM bersama CEO@Faculty Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Centre of Living Independently Program and Services (CLIPS) melalui program mobilisasi bantuan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Hadir sama menyaksikan majlis ini Ketua Jabatan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Profesor Madya Dr. Nobaya Ahmad, Setiausaha Eksekutif MTA Encik Azli Munani, Dr. Elisa Azura Azman, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian UPM, Dr. Roslan Rosnon, Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia UPM, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi merangkap Penyelaras Relawan MBM.