MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penyampaian Bantuan Pentadbiran MBD dan Pertubuhan Belia Negeri Perak sempena Program Kewangan dan Integriti

IPOH 11 September – Telah berlangsung Program Kewangan dan Integriti anjuran Majlis Belia Negeri Perak dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Perak serta sokongan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Seramai 60 belia negeri yang hadir terdiri daripada pimpinan Majlis Belia Daerah dan Pertubuhan Negeri, badan gabungan MBN Perak.

Program dimulakan dengan majlis perasmian oleh Tuan Mohd Rosley Mohamad Satar, Timbalan Pengarah mewakili Dato’ Pengarah SPRM Negeri Perak.

Taklimat MYKD disampaikan oleh Encik Badari Awang Damit, Pendaftar ROY dan sesi Taklimat Integriti Belia pula telah disampaikan oleh Puan NurFariza Omar, Pegawai SPRM Negeri Perak.

Program berakhir dengan Majlis Penyampai Bantuan Pentadbiran kepada semua Majlis Belia Daerah yang disampaikan oleh Sdr Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. Terima kasih kepada semua sahabat-sshabat MBN Perak, Majlis Belia Daerah dan Pertubuhan Belia Negeri yang telah hadir. Hadir sama Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »