MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM)

BANGI 30 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha dan Naib Presiden MBM Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz menghadiri Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).

Majlis ini disempurnakan oleh wakil Felda, Encik Nasir Embong, Pengarah Jabatan Komuniti dan Pembangunan Peneroka FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.

Dalam ucapan penutup, Sdr. Jufitri mengucapkan tahniah atas pelaksanaan mesyuarat agung MBFM dan idea penubuhan Majlis Perundingan Generasi Baharu Felda. MBM turut mengalu-alukan kewujudan sayap mahasiswa MBFM iaitu PERSADA atau Majlis Perundingan Persada Kebangsaan dan menjemputnya ke dalam Sekretariat Mahasiswa MBM. PERSADA dipimpin oleh Sdri. Asiah Hamid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »