Kuala Lumpur 25 November – Majlis Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kepada Pemimpin Muda di bawah Kesateria Muda Keselamatan (KMK) yang berlangsung pada pukul 3.00 petang di Dewan Tun Hussein Onn B, PWTC Kuala Lumpur yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri, YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan, YBhg. Datuk Kamariah Mohd Noah Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Penasihat Kesateria Muda Keselamatan (KMK).
Majlis ini bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar prinsip rukun-rukun Negara, ucapan aluan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia Haji Mua’ammar Ghadafi Jamal Jamaluddin seterusnya ucapan dan upacara pemakaian pangkat oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri.