KUALA LUMPUR 24 April – Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) dan Eight Major Chinese Organisation (EMCO) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Task Force Publisiti Anti Rasuah Belia Cina yang disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Razim Mohd Noor.
Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut memenuhi undangan menghadiri majlis ini. Syabas YMM dan EMCO atas keseriusan dan kesungguhan melawan rasuah habis habisan. Majlis diacarakan oleh Sdri. Ng Chor Eng, Exco MBM.