PUTRAJAYA 9 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama beberapa kepimpinan gabungan MBM telah menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menghayati dan mempraktikan Rukun Negara dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.