MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan

Kuala Lumpur | 23 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri jemputan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Mewakili MBM pada majlis tersebut Sdr. Aluyis Lim ; Naib Presiden dan Exco MBM, Sdr. Sivanesan serta Sdr. Ralp Gan Jia Kang.

Turut serta Sdr. Saharuddin Ahmad; Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdr. Puhaz Saleh ; Presiden Majlis Belia Negeri Perak dan Sdr. Raja Reus; Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT).

Program ini adalah inisiatif penting KPN dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan menyokong pelbagai program perpaduan di seluruh negara melalui bantuan kewangan yang disalurkan secara lebih cekap dan telus menerusi portal yang baru dilancarkan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »