Cyberjaya | 24 Mac – Majlis Menandatangani MoU antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Yayasan KRU yang disempurnakan oleh Sdr Jufitri Joha, Presiden MBM dan Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Yayasan KRU. Turut bersama Saudara Hasnul Hanif Harun, Setiauasaha Agung MBM.
MBM sebagai rakan strategik akan membantu menggerakkan Kempen Kita Jaga Kita yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Turut dibincangkan cadangan kerjasama latihan dalam bidang ekonomi digital dan industri kreatif kepada golongan belia bersama KRU Academy.





