Putrajaya 10 April – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi kerjasama strategik “belia dan pembudayaan inovasi” pada Sidang Dewan Tertinggi MBM, 8 April 2017 di Hotel Dorsett Putrajaya sambil disaksikan ahli-ahli mesyuarat. MBM diwakili oleh Presiden MBM, Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Dato’ Wira Jamaluddin dan YIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Tany Anthony Kiob.