KUALA LUMPUR 1 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Qatar (National Day of QATAR) bertempat di Kedutaan Qatar di Malaysia.
MBM diwakili Exconya Sdr. Syed Osman Mohamad berpeluang bertemu dengan Duta Besar Qatar ke Malaysia sambil berbincang untuk mengadakan pertemuan rasmi bersama kedutaan Qatar.
Ianya bertujuan membincangkan kerjasama dua hala program belia kedua-dua Negara sambil membantu kerajaan memperkukuhkan diplomasi lunak (soft diplomacy).