ALOR GAJAH 9 Dis – Sempena Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia kali ke-44 (2023), satu Majlis Makan Malam telah berlangsung semalam bertempat di A’Famosa Resort, Alor Gajah.
Majlis ini dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Ridhwan Mohd Ali; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Rusli; Mantan-mantan kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia; kepimpinan badan gabungan MBM dan para perwakilan.
Selamat bersidang buat seluruh perwakilan dan semoga PAT kali ini berjalan dengan lancar.