MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas 50 Tahun SABERKAS

KUCHING 26 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Saberkas Negeri Sarawak di Hotel Pullman, Kuching.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Abang Johari dianugerahkan ‘Anugerah Jasamu Dihargai’.

Selain beliau, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan 12 bekas pemimpin SABERKAS turut menerima anugerah.

Dalam majlis sama, Premier Sarawak mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada SABERKAS bagi menjalankan program pembangunan belia.

Tahniah kepada kepimpinan SABERKAS, semoga terus cemerlang berbakti kepada pembangunan generasi muda.

Hadir sama Presiden SABERKAS, YB Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Presiden SABERKAS Dato Gerald Rentap Jabu; Setiausaha Agung SABERKAS Safiee Haji Ahmad dan pimpinan SABERKAS daripada 78 buah Cawangan di Sarawak.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »