MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Makan Malam rai kontinjen Malaysia ke SSEAYP 47/2023

PUTRAJAYA 28 Nov – Seramai 11 orang belia akan mewakili Kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) pada 29 November hingga 8 Disember 2023.

Satu majlis Makan Malam ‘Finale’ SSEAYP 47/2023 bagi meraikan kontinjen ini telah diadakan melibatkan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim di Podium KBS di sini.

Dengan tema “What Youth Can Do in the New Era of Cooperation Towards the 50th of ASEAN – Japan Friendship and Cooperation, SSEAYP 47/2023 kembali semula setelah tiga tahun tidak diadakan akibat pandemik.

Semoga urusan kontinjen Malaysia dipermudahkan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohamad.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun yang mewakili MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »