MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Makan Malam Jalinan Muhibah dan MoU Kerjasama Antara Dua Negara

Selangor | 14 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Majlis Makan Jalinan Muhibab bersama YBhg Tuan Dr. Ir Hamka Hendra Noer Msi, Gubenor Gorontalo dan delegasi pemerintah Provinsi Gorontalo Indonesia. Majlis berlangsung di Hotel Tenera, Bangi.

Hadir dalam majlis tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid Presiden MBM, Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim Pengerusi Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA), Dr Hj. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, YB Mohd Zaidi Aziz, Ahli Lembaga Pengarah MBM Holding dan Sdr. Ibnu Rasyid, Exco MBM.

Turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBM Holding Sdn Bhd, KOBENA dan Tan Lan Agri Venture Sdn Bhd dengan Badan Pengurus Daerah Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) Provinsi Gorontalo serta Kamar Dagang Industri dan Dagang Industri Indonesia (KADIN) Provinsi Gorontalo.

Antara perjanjian kerjasama strategik yang akan dilaksanakan bersama adalah berkaitan, sektor ekonomi, keusahawan, pertanian penternakan dan sebagainya.

MBM berharap dengan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam bidang ekonomi.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »