Selangor | 19 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Projek Belia Mahir telah menganjurkan Majlis makan malam dan ramah mesra bersama rakan strategik Industri pekerjaan dan pusat kemahiran.
Majlis berlangsung di De Wan by Chef Wan @ Bangi Resort Hotel.
Hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB), Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Mantan Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Presiden MBM Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Ketua Projek Belia Mahir Sdr. Mohammad Rizan Hasan, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyid.
Dalam majlis tersebut juga pelbagai perkara dikongsikan dan dibincangkan secara santai khususnya mengenai peluang latihan dan pekerjaan melalui kerjasama strategik dibawah Jawatankuasa Sukarelawan dan Belia Mahir MBM.











