KOTA KINABALU 15 Julai – “Kerajaan mengakui peranan dan menghargai sumbangan pemimpin belia dalam pembangunan negara”.
Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu berucap ketika menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin Belia yang berlangsung di Sabah International Convention Centre.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, YB Datuk Ellron Angin
Program dihoskan Majlis Belia Sabah (MBS) ini diadakan sempena keberadaan pimpinan belia dari seluruh negara di Sabah sempena sambutan Hari Belia Negara.
Turut hadir Ketua Umum DPP KNPI – Komite Nasional Pemuda Indonesia Haris Pertama, Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBS, Sdr. Abqaree Abekan dan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Tuan Mohd Azhari Mohammad.