PUTRAJAYA, 28 Februari – Majlis Kunjung Hormat Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha kepada Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris di Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Putrajaya.
Delegasi ini turut dihadir Sdr. Lim Swee Bok, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Biro Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional, sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Ahli Jawatankuasa MBM merangkap Timbalan Pengerusi biro, Sdr. Eow Shiang Yen dan Sdr, Amsyar, selaku Ahli Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah bentuk kerjasama melalui pelaksanaan dan penganjuran program. Datuk Pengarah menzahirkan maklum balas yang positif yang mana pentingnya memupuk golongan belia agar menjada perpaduan yang ada kerana MBM adalah gabungan pertubuhan belia yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, bangsa dan budaya.