Putrajaya 10 Mei – Majlis Konvokesyen Kali Ke-4 1B1K – MBM dan Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten : TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah berlangsung dengan jayanya dimana ia dirasmikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang bertempat di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.
Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang ini dimulakan dengan perarakan masuk dif-dif jemputan dan kehormat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Menggerak Belia dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan ucapan perasmian oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Sesi penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia kepada para graduan seramai 450 orang yang disampaikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin. Sesi berikutnya ialah Penyampain Anugerah Pelatih Terampil Cemerlang dan Pelancaran 1B1K – UMP Kompeten : TVET Berasaskan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sesi terakhir adalah penyerahan surat tawaran kepada pelajar baru, penyampaian cenderamata dan sesi bergambar kenangan.