MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 Tahun 2022

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Majlis Konvokesyen Belia Mahir kali ke-6 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Belia Antarabangsa. Majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Dato’ Mohd Shahar Abdullah yang turut menyempurnakan istiadat penyampaian sijil.

Seramai 200 orang graduan dari pelbagai kolej dan bidang kemahiran menerima Diploma Kemahiran dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Dalam majlis ini juga, YB Menteri menyampaikan Anugerah Terampil Cemerlang 2022 dan Anugerah Khas Belia Mahir 2022.

Hadir sama Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB), YB Mohd Zaidi Aziz; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Ketua Projek Belia Mahir Sdr. Mohammad Rizan Hasan.

Untuk rekod, Belia Mahir adalah kesinambungan program 1Belia 1Kemahiran MBM pada tahun 2016 bertujuan menyantuni kelompok belia tercicir dan latihan berkemahiran untuk laluan kerjaya masa hadapan.

Semoga mereka terus menjadi insan yang hebat, membantu rakan-rakan seusia dan memberi kembali kepada masyarakat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »