MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Ke -5 Majlis Belia Malaysia

Bangi 23 Jul – Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Ke -5 Majlis Belia Malaysia (MBM) telah berlangsung dengan jayanya dimana ia dirasmikan oleh YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia Dan Sukan Malaysia yang bertempat di BallRoom Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Selangor pada 22 Julai 2018

Majlis bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari ini dimulakan dengan perarakan masuk dif-dif jemputan dan kehormat, seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Menggerak Belia dan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan ucapan perasmian oleh YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Sesi penyampaian Sijil Kemahiran Malaysia kepada para graduan seramai 504 orang yang disampaikan oleh YB. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sesi berikutnya ialah Penyampain Anugerah Pelatih Terampil Cemerlang dan Anugerah Khas Khidmat Bakti Terpuji 2018 Sukarelawan Belia Berkemahiran.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »