PERMATANG PAUH 18 Julai – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis dialog bersama pimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dan pimpinan Majlis-Majlis Belia Daerah (MBD).
Presiden MBM dalam ucapannya mengingatkan pimpinan belia yang hadir tentang peranan mereka sebagai pengurus – fasilitator – konsultan – agen perubah – penyelesai masalah dan penyambung sumber. Turut dibincangkan strategi memperbaiki ekonomi belia pasca Covid-19.
Di akhir dialog, Presiden MBM turut menyampaikan bantuan pentadbiran kepada MBNPP dan lima MBD.