PUTRAJAYA 5 April – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan badan gabungannya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama golongan belia, komuniti sukan dan mahasiswa di Kompleks Seri Perdana.
Majlis ini dihoskan secara bersama oleh KBSMalaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tetamu yang hadir berkesempatan menunaikan solat fardu dan terawih secara berjemaah di kediaman YAB Perdana Menteri.
Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal; Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan.
MBM mengucapkan terima kasih atas undangan dan berharap pertemuan ini mempereratkan lagi hubungan antara Kerajaan dan golongan belia dalam pembinaan Malaysia Madani.





