Kuala Lumpur, 22 Ogos 2010 – Sempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak ini, MBM telah meraikan badan gabungan, sukarelawan serta pegawai kementerian dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di KLIH. Seramai lebih 200 orang jemputan yang terdiri dari pelbagai kaum telah hadir bagi bersama-sama Exco dan ahli Dewan Tertinggi menikmati juadah berbuka puasa. Sejurus majlis selesai, hadirin turut bersama-sama mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.