KUALA LUMPUR 4 April – Satu sesi pembentangan perancangan dan progres terkini Projek Ternakan Ikan Sangkar telah diadakan di pejabat Majlis Belia Malaysia (MBM), Bandar Tun Razak. Projek ini adalah usahasama antara MBM dan rakan pelaksana PWS Sdn Bhd di Kuala Krau, Pahang.
Dalam sesi ini juga turut diadakan simbolik penyerahan Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara pihak PWS Sdn Bhd dengan wakil Universiti Sultan Tunku Mizan (UNISZA).
Projek pembangunan ekonomi belia ini merupakan sebahagian inisiatif MBM kepada golongan belia di samping membantu MBM dalam menjana pendapatannya sendiri.
Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian hasil agihan jualan siri pertama projek ini kepada ahli-ahli.
Hadir sama dalam program ini Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun; Bendahari Kehormat MBM Sdr. Mohd Izham Ahmad; Penolong Bendahari Kehormat MBM Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi; Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin; Exco MBM Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa serta tetamu jemputan.



















