MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri

Putrajaya | 10 Mac 2025 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Turut hadir Menteri Agama, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan Timbalanya, YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.

MBM diwakili oleh Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli, serta barisan exco dan kepimpinan badan gabungan MBM.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian tausiah oleh Sahibul Fadilah Dato’ Badli Shah Alauddin, Timbalan Mufti Pahang, yang membawakan tajuk “Ramadan Pemacu Ummah Madani”.

Majlis ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah antara pemimpin dan masyarakat, malah memberikan penghayatan yang lebih mendalam terhadap makna Ramadan sebagai bulan keberkatan dan rahmat bagi seluruh umat Islam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »