MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Pulau Pinang Johan Keseluruhan PSK 2012

Seremban, 24 November 2012 – Pesta Sukan dan Kebudayaan Belia Malaysia 2012 (PSK2012) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menutup tirainya hari ini dengan menyaksikan kontijen Majlis Belia Pulau Pinang (MBNPP) mengungguli Johan Keseluruhan PSK2012. Sementara Johan Acara Sukan dimenangi oleh kontijen Majlis Belia Selangor (MBNS) dan Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia (MAYC) menjuarai keseluruhan Acara Kebudayaan. Sebanyak tujuh acara sukan iaitu futsal, sepak takraw, ping pong, badminton, bola jaring, bola keranjang (3 on 3)dan paintball dan 3 acara kebudayaan iaitu pertandingan nyanyian Lagu Irama Malaysia, Rampaian 1Malaysia dan Sayembara Puisi. Sebanyak 28 buah badan gabungan MBM yang terdiri dari Majlis Belia Negeri serta pertubuhan kebangsaan telah menyertai PSK2012 yang telah diadakan dari 22 hingga 24 November 2012 di Seremban.

Trofi-trofi kemenangan ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato Seri Mohamad Hasan di Majlis Perasmian Penutup yang telah diadakan secara gilang gemilang di Center Court Seremban. Turut sama menyaksikan upacara penyampaian trofi ini ialah Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiie serta Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNN9), Sdri. Wan Salwati Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Puan Hjh Hatipah Ibrahim.

Pada majlis ini juga, YAB Menteri Besar turut melancarkan kempen kutipan tabung Hands For Gaza yang akan dikendalikan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

 

MAYC Johan Kebudayaan

MBNs Johan Sukan PSK2012

YAB Menteri Besar N9 melancarkan Tabung Hands For Gaza

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »