3 Jan 2015 – Majlis Belia Kelantan (MBK) turut serta turun padang membantu masyarakat setempat walaupun mereka sendiri terkesan secara langsung dengan bencana ini. Yang Dipertua MBK, Sdr Shahbudin bersama YBhg. DatoHjh Hatipah, Ketua Pengarah JBSN menyampaikan sumbangan di Taman Barakah dan Pondok Hidayah di Tanah Merah. Turut serta ialah mantan Pengerusi Tetap MBM Puan Rohani Abu Hasan.
Ini jelas menunjukkan rasa kebersamaan dan keprihatinan belia Kelantan terhadap masyarakat setempat bagi menghadapi situasi ini.