MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara (SPU) bantu mangsa banjir

Kosmo!Online / 02 Januari 2014 / Segmen ~ Komuniti Kita

PRIHATIN. Seramai 80 ahli Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menyertai program misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini.

Yang Dipertua MBD SPU, Mohamad Saud berkata, misi itu berjaya dilaksanakan selepas pihaknya menerima pelbagai sumbangan barangan daripada banyak pihak untuk disalurkan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

“MBD bukan sahaja menyampaikan bantuan itu, bahkan turut membantu mangsa banjir berkenaan membersihkan kediaman dan kawasan persekitaran mereka,” katanya.
Majlis pelepasan konvoi MBD SPU itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »