MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR 1 Dis – Ahad lepas telah berlangsung Majlis Apresiasi Penggiat Belia Wilayah Persekutuan anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) bertempat di Hotel Seri Pacific.

Majlis ini menghimpunkan lebih 200 penggiat dan pendukung belia di Wilayah Persekutuan.

Majlis penyampaian Pingat Jasa Belia dan Bakti Belia disampaikan oleh TYT Tun Seri Setia Dr Hj Mohd Ali Mohd Rustam, Yang Dipertua Negeri Melaka.

Turut berlangsung Majlis Penyampai Anugerah Khas Belia, Majlis perasmian Lagu MBWP dan Majlis Menandatangi Persefahaman (MoU) antara MBWP dengan Majlis Paralympic Malaysia.

Hadir sama memeriahkan majlis ini, YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); Encik Sabran Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia Sukan Wilayah Persekutuan; Sdr. Khairul Rizam Dato Abu Samah, Presiden MBWP dan Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan sekalung tahniah buat Sdr. Khairul Rizam dan kepimpinan MBWP.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »