SHAH ALAM 28 Disember – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Apresiasi dan Makan Malam anjuran ADAB Youth Garage (AYG) di Kelab Shah Alam.
AYG merupakan sebuah model pusat belia yang menyediakan ruang untuk remaja dan belia untuk melepak dan beraktiviti sambil dibimbing oleh pemimpin dan pekerja belia.
AYG yang juga rakan strategik MBM banyak memfokuskan pembelaan terhadap isu belia dan miskin bandar.
Turut dilancarkan di majlis tersebut buku “Kami Budak Flat” karya seni kreatif anak-anak di Pusat Perumahan Rakyat.
Turut dipertontonkan adalah tayangan ‘Shortfilem Maafkan aku- Farid’. Sebuah karya Blackopi Studio ( https://www.facebook.com/blackopistudio/ ) yang mempersembahkan kehidupan seorang belia remaja Flat yang hampir putus asa dek cengkaman kemiskinan yang melanda keluarga, sangat menyentuh perasaan semua audien yang hadir pada malam tersebut.
AYG boleh dicapai menerusi pautan : https://www.facebook.com/adabyouthgarage/