PUTRAJAYA 26 Mei 2012 – Golongan belia bakal dilibatkan sepenuhnya dalam program pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) pada tahun ini melalui pendekatan MAHA Youth 2012 yang dilancarkan hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia sekali gus memberi pendedahan kepada generasi muda untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian yang menjanjikan keuntungan dan pendapatan lumayan.
Katanya, MAHA yang bakal dianjurkan pada November ini memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada golongan itu untuk menguruskan pelbagai produk pertanian bagi penganjuran pertanian terbesar itu.
“MAHA Youth merupakan pusat pengumpulan golongan belia yang terlibat dalam sektor pertanian termasuk program asas tani yang ditubuhkan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta seperti My Agrosis dan Siswazah Tani.