22 DISEMBER 2021
Bermula jam 2.30 petang, kami menyediakan kit #ProjectUnderwear bersama bantuan 18 orang sukarelawan sebaik sahaja barangan keperluan tiba di Wisma MBM. Sebanyak 1300 kit wanita berjaya disiapkan hari ini.
Sebanyak 200 kit wanita dan 100 kit lelaki telah di agihkan kepada P.I.C di Bentong, 100 kit wanita dan 50 kit lelaki telah diagihkan kepada P.I.C di Raub, 200 kit wanita dan 100 kit lelaki ke kawasan terkesan di Negeri Sembilan. Semua kit diserahkankan beserta kain batik dan kain pelikat.
Setiap kit wanita mengandungi 1 helai baju dalam beserta ‘extender’, 3 helai seluar dalam, dan 1 pek pad pakai buang, manakala kit lelaki mengandungi 3 helai seluar dalam.
Terima kasih kepada Persatuan Pandu Puteri Puteri Malaysia yang menyediakan 400 kit wanita, Junior Chambers International (JCI) Malaysia menyediakan 377 kit wanita, dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) yang menyediakan 200 kit wanita di ibu pejabat masing-masing.
Bagi proses edaran, MBM laksanakan secara sistematik bersama Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan rakan gabungan di lapangan yang lebih mengetahui keadaan semasa di lokaliti dan kawasan masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada #ProjectUnderwear dalam misi bantuan pasca banjir kali ini. Kami telah menutup kutipan sumbangan bagi #ProjectUnderwear pada jam 12.00 tengahari 21 Dis 2021.
TERIMA KASIH MALAYSIA!