MAJLIS BELIA MALAYSIA

LMK pererat hubungan PBSD dengan majlis belia negeri dan daerah

Seramai 50 orang peserta Program Literasi Media Kreatif 2021 Siri 1 telah mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan mengenai teknik penggunaan aplikasi media sosial secara lebih efektif dan berkesan.

Pengisian program meliputi content creator, penggunaan aplikasi kine master, penulisan kreatif dan teknik menghasilkan video yang dikendalikan oleh Haji Ainol Amriz Ismail, Penerbit Utusan TV. Slot interaktif bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Melaka, Encik Mohammad Arif Haron, Sesi Meet & Greet bersama Encik Addi Junaidi Wartawan Sinar Harian dan sesi Setiausaha Agung MBM.

Peserta-peserta terdiri dari ketua penerangan majlis belia negeri, kepimpinan majlis belia daerah, pegawai pejabat belia dan sukan daerah dan penggerak rakan muda melibatkan tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Program ini bertujuan melatih belia membina kemahiran menggunakan media dengan bijak dan kritis melalui pendidikan literasi media dan maklumat. Dalam masa yang sama program ini juga bertujuan mempererat hubungan dan kerjasama di antara pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan kepimpinan majlis belia negeri dan daerah-daerah.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Noorman Ramlan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »